Friday 24 August 2012

BIODATA SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH 

Tapak SK Ongkilan seluas 4.78 ekar ini merupakan sumbangan Allahyarhm En. Daki Bin Harun. Beliau merupakan mantan Ketua Kampung dan imam qariah Kg. Ongkilan. Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mula digunakan pada tahun 1977. Pada masa itu, sekolah ini hanya ada sebuah bangunan yang mengandungi 2 buah bilik darjah iaitu darjah 1 dan darjah 2 dengan bilangan pelajar seramai 60 orang. Sementara itu, tenaga pengajar hanya menpunyai 2 orang iaitu En. Makbul Hj. Anchit yang merupakan Guru Besar  yang pertama sekolah ini dan Pn. Rosmiah Diying Isteri Kepada Guru Besar sendiri. Manakala yang  di Pertua PIBG yang pertama ialah En. Tapa Bin Kamal.

Pada tahun kedua pembukaannya iaitu pada tahun 1978, sekolah ini menerima 4 orang lagi guru iaitu En. Musli Muin, Pn. Wakhidayah Dayat, Ustaz Ahmad Shariff Hj. Namhuri dan En. Giok. Pada tahun tersebut juga PIBG telah mengadakan gotong-royong pembinaan sebuah lagi bangunan beratap nipah dan berdinding bamboo yang mempunyai 2 kelas, sebuah kantin kecil dan sebuah rumah. Pengusaha kantin pertama iaiah Pn. Laminah Bt Kasim. Pelajar SK Ongkilan majoritinya dari kaum kadazan dusun, Bajau, Cina, Suluk dan Bugis. Kebanyakan mereka menganuti agama Islam diikuti Kristian, Buddha dan Pagan.


VISI
SK Ongkilan akan menjadi Sekolah Cemerlang diperingkat Gabungan Kota Marudu menjelang 2015.

MISI
Memberi pendidikan kepada murid-murid kearah kecemerlangan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pengurusan pendidikan yang berkualiti.

LOKASI
Sekolah ini terletak di antara SK Popok di bahagian Barat, SK Tandek di bahagian Timur Laut dan SK Masalog di Bahagian Tenggara. Jarak SK Ongkilan dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu lebih kurang 10 km dan masa perjalanan selama 15 minit.

No comments:

Post a Comment