Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah syukur ke hadrat SWT kerana dengan izinNya dapat saya menulis sepatah dua kata untuk ruangan blog sekolah ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan semua
pihak yang telah berjaya menghasilkan blog ini.
Selaku pentadbir dan pemimpin sekolah ini, saya bersama-sama barisan
guru penolong kanan sentiasa memberi sepenuh perhatian agar sekolah
ini terus cemerlang dan saya yakin ia akan terus maju pada masa
hadapan.
Saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana telah membimbing dan
menunjukkan jalan ke arah kecemerlangan sekolah ini. Kita mesti berani
melakukan perubahan demi perubahan tanpa mengubah dasar-dasar yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk merancang dan melaksanakan
program-program strategik yang membolehkan anak-anak didik kita
cemerlang. Ketika kita mengejar kecemerlangan jangan kita alpa untuk
imbangkan dengan nilai-nilai teras yang baik agar murid-murid sekolah
ini seimbang dalam aspek akademik dan sahsiah.
Diharapkan program-program akademik dan pemantapan sahsiah yang
dilaksanakan di sekolah ini dapat memberi persediaan awal ke arah
melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri muslim, prihatin terhadap
masyarakat dan mampu menghadapi cabaran yang akan datang.
Laman web ini juga melambangkan daya usaha dan kesediaan sekolah ini
untuk mengisi visi, misi dan objektif sekolah dalam menghadapi alaf
baru yang serba moden dan canggih. Diharapkan blog ini dapat memberi
banyak manfaat kepada pelawat dan masyarakat untuk mengetahui dan
mengenali sekolah ini secara lebih dekat lagi.
Akhir kata, adalah diharapkan agar para pengunjung ke blog ini akan
mendapat serba sedikit maklumat mengenai sekolah. Semoga blog ini
akan memberi manfaat dan dimanfaatkan semua.
Sekian dan terima kasih.
"Berkhidmat Untuk Negara"
Pn. Saunah Hj. Odis
Guru Besar
SK. Ongkilan
No comments:
Post a Comment